Aktiviti & Berita

SESI TOWNHALL RUMAH PANGSA HARMONI, BUNTONG

10 Mei 2025 – Seramai 137 penduduk Rumah Pangsa Harmoni, Buntong telah menghadiri Sesi Townhall yang diadakan pada petang ini, yang telah diselaraskan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Turut hadir dalam sesi ini ialah YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong; Clr. Lawrence a/l R. Palanisamy dan Clr. Sivam a/l Kalimuthu, Ahli Majlis MBI, Puan Kasturi Murugiah, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Fasiliti serta Puan Nur Aifa Farihah Bt Mad Nor, Ketua Penolong Pengarah Kerja & Bangunan MBI.

MBI telah menerima peruntukan berjumlah RM1.3 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP). Peruntukan ini adalah bagi pelaksanaan kerja-kerja membaiki siling dan kerosakan awam, serta kerja berkaitan di Blok 1 hingga 10 dan Blok 21 hingga 26. Ia turut merangkumi kerja-kerja menaiktaraf pendawaian lampu koridor, sub-main dan kerja-kerja berkaitan di kawasan perumahan tersebut.

Dalam sesi townhall ini, MBI telah membentangkan perancangan kerja yang akan dilaksanakan agar penduduk mendapat maklumat jelas dan menyeluruh mengenai skop serta jadual pelaksanaan projek penyelenggaraan tersebut.

Sesi ini juga memberi peluang kepada penduduk untuk mengutarakan pandangan dan maklum balas secara langsung kepada pihak MBI dan wakil rakyat setempat.

Hasil perbincangan telah memberi kefahaman kepada semua penghuni mengenai pelaksanaan projek.

Untuk makluman, pihak MBI sebelum ini menerima banyak aduan berhubung kerosakan siling terutamanya di tingkat atas rumah Pangsa tersebut yang sering dimasuki burung merpati. Pelaksanaan kerja pembaikan ini dijangka dapat meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kebersihan kawasan perumahan, di samping mengindah serta menaikkan imej Bandaraya Ipoh.

Semoga sesi townhall ini membawa manfaat besar kepada semua penduduk Rumah Pangsa Harmoni, Buntong serta menjadi pemangkin kepada kerjasama erat antara penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan.

495568983 1076574414495078 5627407731770591011 N
495570412 1076574027828450 2146779628175210357 N
495571454 1076574431161743 7410779720541705399 N
495571773 1076574021161784 3464934415945170343 N
495574263 1076574401161746 5326687427304715048 N
495575016 1076574057828447 1807671224875862259 N
495576211 1076574081161778 789537202363850707 N
495581410 1076574084495111 967572697071923286 N
495707500 1076574301161756 8243084734345848768 N
495708674 1076574167828436 250148052723861310 N
495713889 1076574544495065 7586362821289182326 N
495805918 1076574001161786 5891844961869185413 N
495963376 1076574517828401 154308320200729376 N
495968288 1076574314495088 2142298386923814909 N
496008104 1076574174495102 2387978874427094177 N
496645688 1076574284495091 5056897138155741713 N
496858665 1076574141161772 2178774133750099696 N
496861998 1076574251161761 8527364725744221769 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020491