Aktiviti & Berita

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK BERKENAN SEMPURNAKAN PERASMIAN BATIK PERAK

Ipoh, 20 November 2026 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Batik Perak yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Keberangkatan baginda diiringi DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim.

Majlis berkenaan merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam memperkasa identiti seni tekstil tempatan, di samping memartabatkan warisan budaya negeri melalui penghasilan batik yang berteraskan keunikan sejarah dan Kesultanan Perak.

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri DiRaja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; Yang Arif Dato’ Raja Ahmad Mohzanuddin Shah bin Raja Mohzan, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh dan isteri, YBhg. Datin Akmaroslina binti Kamarudin; YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Aznee binti Abu Samah serta YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad.

Turut hadir, YB Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh; Encik Mohamad Rizan bin Mohamad Nordin, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak; YBhg. Dato’ Anuar bin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) serta ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Batik Perak mengetengahkan motif Bunga Kelumpang yang diilhamkan daripada ukiran pintu masuk Balairung Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dan telah dipilih sebagai identiti rasmi Batik Perak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Ogos 2024.

Majlis tersebut turut diserikan dengan peragaan fesyen yang menampilkan hasil rekaan dua pereka fesyen terkenal tanah air, Tina Rashidi menerusi jenama Kalima dan Bon Zainal Harun menerusi jenama Bon Zainal.

916272742 1597875965698251 7925625617942813870 N
915335548 1597875872364927 6992441860509292506 N
915127959 1597876322364882 6090934112180107822 N
914483968 1597875835698264 2863392609051119372 N
914788756 1597875845698263 8935440029922788758 N
915552892 1597876072364907 4043992339112143572 N
916201807 1597876079031573 9117539466929156560 N
916251692 1597876102364904 6157754807834803905 N
920722212 1597876332364881 7784767620319018921 N
914719975 1597875882364926 8774176881467117353 N
914955113 1597876145698233 8859832557730529797 N
914973599 1597875629031618 5996555597850510796 N
915800802 1597876192364895 2353346542181776917 N
915928887 1597876042364910 5510486302947609427 N
915928905 1597875975698250 988035328255555385 N
916398295 1597876179031563 5541338343745063993 N
916496633 1597876112364903 5244449084012698438 N
920166851 1597876282364886 8261127432815208069 N
924019386 1597876135698234 1977031299959170158 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

    {source}<script src="https://ai.mbi.gov.my/assets/js/chatbot-loader.js" data-agentid="2"></script>{/source}

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7429018