Ipoh, 18 November 2026-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengadakan Sesi Libat Urus Bersama Pelesen Dan Perniaga Pasar Buntong yang berlangsung di Old Glory Theatre, Buntong.
Penganjuran program ini sebagai platfrom untuk memberi penerangan mengenai perancangan pemindahan ke Pasar Sementara Buntong serta membuka ruang kepada peniaga untuk menyuarakan kebimbangan dan mengemukakan cadangan.
Sesi penerangan telah disampaikan oleh Ir. Ts. Haji Arif bin Mohd Zainudin, Pengarah Kerja Awam Bandaraya, bersama YB Puan Thulsi Thivani a/p Manogaran, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong. Turut hadir ialah Clr. En. Sivam a/l Kalimuthu, Ahli Majlis MBI Zon 7, serta wakil Jabatan Kerja Awam dan Jabatan Kesihatan MBI.
Perbincangan ini meliputi tempoh pelaksanaan projek, kemudahan di pasar sementara serta bantuan pemindahan peralatan dan barangan perniagaan. MBI akan mengambil kira maklum balas peniaga dalam penyelarasan jadual pemindahan dan operasi pasar sementara bagi mengurangkan gangguan kepada perniagaan.
MBI berharap pasar baharu kelak dapat menyediakan ruang niaga yang lebih selesa dan kemudahan yang lebih baik untuk peniaga sekali gus dapat menarik lebih ramai pengunjung serta membuka peluang kepada peniaga untuk mengembangkan perniagaan mereka.