Aktiviti & Berita

MBI LAKSANA KAJIAN SEMULA KELAS GUNA TANAH DAN KETINGGIAN BANGUNAN DEMI PEMBANGUNAN BANDAR YANG MAMPAN

Ipoh, 19 November 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang melaksanakan Kajian Semula Kelas Guna Tanah (KGT) Mengikut Blok Perancangan dan Ketinggian Bangunan Bandaraya Ipoh sebagai langkah strategik memperkukuh perancangan serta pengurusan pembangunan bandar secara menyeluruh.

Kajian ini bertujuan mengemas kini dan menambah baik perancangan guna tanah serta kawalan ketinggian bangunan agar selaras dengan keperluan pembangunan semasa, kepentingan setempat dan hala tuju Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian).

Pelaksanaan kajian turut memberi tumpuan kepada pengenalpastian potensi pembangunan semula (redevelopment) di kawasan yang kurang dimanfaatkan secara optimum, di samping menilai kesesuaian kelas guna tanah serta menyediakan justifikasi perancangan yang komprehensif bagi menyokong pembangunan bandar yang lebih sistematik dan berkesan.

Program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) itu dipengerusikan oleh TPr. Haji Mohd Zainal bin Abdul Hamid, Pengarah Perancang Bandar MBI.

Melalui inisiatif ini, MBI komited memastikan perancangan guna tanah dan pembangunan fizikal bandar dilaksanakan secara lebih terancang, bersepadu dan mampan, sekali gus meningkatkan daya saing bandar raya Ipoh serta menjamin kesejahteraan masyarakat dan kelestarian pembangunan pada masa hadapan.

911081171 1596166912535823 4602739692394210476 N
912384509 1596166865869161 5569394364525905323 N
913629819 1596166922535822 7384577943506239170 N
913902077 1596167005869147 6180179962823843345 N
914287788 1596166882535826 4324437946286109801 N
914897257 1596166992535815 3230403559232670291 N
915192721 1596166822535832 5955949187741240740 N
916227485 1596166972535817 8812808201793819000 N
916589181 1596166959202485 7811174220773359588 N
WhatsApp Image 2026 11 20 At 100844
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

    {source}<script src="https://ai.mbi.gov.my/assets/js/chatbot-loader.js" data-agentid="2"></script>{/source}

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 20/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7418295