Kuala Lumpur, 31 Oktober 2026- DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, berkenan berangkat menyaksikan pementasan teater “Beting Beras Basah: Hikayat Dewa Mahkota” yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Turut berkenan berangkat, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan YTM Raja Dato' Seri Eleena binti Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Pementasan berdurasi satu jam 45 minit itu mengetengahkan karya berkonsepkan Neo Bangsawan, yang mengadun keindahan seni bangsawan tradisional dengan pendekatan pementasan kontemporari. Karya ini mengangkat naratif sejarah, legenda dan asal-usul Kesultanan Perak menerusi hikayat Kerajaan Indera Dewata Purbaraya, panahan Busur Indera Sakti serta peristiwa pelayaran dan takhta yang tersangkut di Beting Beras Basah.
Hadir sama menyaksikan pementasan itu, YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aznee binti Abu Samah; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad;
Turut Hadir, YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan); YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak; dan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.