Aktiviti & Berita

LAWATAN PENANDAARASAN KKTP SABAH KE IPOH

Ipoh, 29 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima lawatan penandaarasan delegasi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah (KKTP Sabah) di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, hari ini.

Delegasi diketuai oleh YBhg. Dato’ Jumain bin Abdul Gahni, Setiausaha Tetap KKTP Sabah, bersama wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dari seluruh Sabah.

Lawatan ini menjadi wadah perkongsian kepakaran dan amalan terbaik dalam memperkasa perancangan serta pembangunan bandar mampan yang inklusif dan berdaya tahan, demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara holistik.

Terdahulu para delegasi telah diberikan taklimat oleh Tuan LAr. Meor Abdullah Zaidi bin Meor Razali, Ketua Unit Ekonomi Donat dan Penyelidikan MBI, mengenai pendekatan pembangunan bandar mampan berteraskan prinsip ekonomi donat.

MBI terus komited memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan PBT bagi memperkasa agenda pembangunan bandar mampan ke arah persekitaran bandar yang berkualiti dan lestari.

863617034 1571486311670550 8811326246317195895 N
867197482 1571486291670552 8503979113094884854 N
867730477 1571486625003852 6408365715229061478 N
868011183 1571513948334453 910109573951113503 N
869276987 1571486518337196 5961149357157431324 N
869564230 1571486128337235 2997417825916310908 N
871126684 1571486248337223 5591576090852994356 N
873034040 1571486095003905 726684870406812249 N
WhatsApp Image 2026 11 05 At 102058
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7345048