Ipoh, 31 Oktober 2026 – Hari ini telah berlangsungnya Program Pelita Deepavali 2026 di Lorong Seni @ Lorong Panglima, Ipoh, bersempena sambutan Hari Deepavali 2026.
Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ini diadakan bertujuan, untuk menyemarakkan tradisi dan keunikan budaya masyarakat india
disamping menyemai semangat keharmonian dan perpaduan di bandar raya Ipoh.
Hadir sama pada program berkenaan YBhg. Clr. Encik Lawrence a/l R. Palanisamy, Clr. Encik Sivam a/l Kalimuthu, Ahli Majlis MBI; YBrs. Encik Hisham bin Mat Husien Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, serta Encik Romzi bin Zamri, Pengarah Perkhidmatan Komuniti.
Program ini telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya, persembahan kebudayaan JKKN Perak dan Kumpulan Gema Warisan Budaya MBI, jualan kraftangan serta pertandingan melukis kolam.
Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen MBI dalam memelihara warisan budaya, memperkukuh perpaduan dan menyemai semangat saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.