Petaling Jaya, 4 November 2026-Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengukuhkan pencapaiannya dalam pembangunan perbandaran, apabila menjadi satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), di Wilayah Utara yang menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar (Smart City), bagi Tahap 2: Developing Smart City (Bandar Pintar Dinamik), sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2026, Peringkat Kebangsaan.
Pengiktirafan ini telah disampaikan YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, pada majlis yang berlangsung
Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor, hari ini.
Terdahulu majlis perasmian sambutan berkenaan telah disempurnakan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Program tersebut turut menyaksikan peluncuran Rancangan Fizikal Negara Kelima (RFN5) dan Dasar Perbandaran Negara Ketiga (DPN3) oleh Perdana Menteri, selain penyampaian beberapa anugerah berkaitan pembangunan bandar mampan dan perancangan perbandaran.
Penarafan Bandar Pintar Malaysia merupakan inisiatif KPKT melalui PLANMalaysia berdasarkan piawaian MS ISO 37122:2019 (Smart City Indicators) bagi menilai tahap pelaksanaan inisiatif bandar pintar oleh PBT.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MBI dalam memperkukuh tadbir urus bandar pintar, penerapan teknologi dan inovasi serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada warga bandar raya Ipoh.