Ipoh, 28 Oktober 2026 – Seramai 50 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sumbangan sempena menyambut Hari Deepavali menerusi Program MBI Prihatin.
Sumbangan pada hari ini, telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Turut hadir pada program ini, ialah YBhg. Clr. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Tuan Wong Kar Kiat, Ketua Whip Ahli Majlis MBI, barisan Ahli Majlis dan ketua-ketua jabatan MBI.
Program tahunan anjuran Jabatan Perkhidmatan Komuniti dan Kemasyarakatan MBI ini mencerminkan komitmen majlis dalam menyemai nilai keprihatinan, kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warga kerja.
Sumbangan berupa duit raya dan kotak manisan ini diharapkan dapat menyemarakkan keceriaan Deepavali kepada anggota yang meraikannya, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan kekeluargaan dalam kalangan warga MBI.