Aktiviti & Berita

MBI ANJUR KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN KEPADA ANGGOTA

Ipoh, 23 Oktober 2026-Dalam usaha mempekukuh kefahaman berhubung pengurusan dan pematuhan keselamatan perlindungan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Keselamatan Perlindungan buat anggota majlis, pada program yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman anggota secara komprehensif berhubung aspek pengurusan serta pematuhan terhadap dasar dan prosedur keselamatan perlindungan di MBI.

Selain itu, kursus ini turut memberi pendedahan mengenai kaedah pelaksanaan penilaian kendiri kepada pasukan juruaudit keselamatan perlindungan sebagai persediaan menghadapi sesi pengauditan yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober 2026.

Kursus sehari ini telah disampaikan oleh Encik Aminuddin bin Ramli, Penolong Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Perak.

WhatsApp Image 2026 10 23 At 104200
WhatsApp Image 2026 10 23 At 104215
WhatsApp Image 2026 10 23 At 104216
WhatsApp Image 2026 10 23 At 104216111
WhatsApp Image 2026 10 23 At 1042161211
WhatsApp Image 2026 10 23 At 104217111
WhatsApp Image 2026 10 23 At 104217111222
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 23/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7283735