Aktiviti & Berita

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DAN SANTAPAN TENGAH HARI KEJOHANAN GOLF KEPUTERAAN SIRI 8 TAHUN 2026

Ipoh, 18 Oktober 2025 – DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah dan Majlis Santapan Tengah Hari sempena Kejohanan Golf Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan di Jubilee Ballroom, Royal Perak Golf Club (RPGC) di Ipoh, hari ini.

Turut berkenan berangkat, DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

Hadir sama YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YTM Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; YTM Tuanku Dato' Seri Kamel bin Tuanku Rijaludin; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak serta turut hadir YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan dan badan berkanun.

Dalam majlis berkenaan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menyampaikan hadiah bagi Kategori Keseluruhan dan Acara Berpasukan Keseluruhan Antara Daerah. Dalam majlis yang sama baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Perak sebagai tanda keperihatinan terhadap kebajikan masyarakat.

Kejohanan Golf Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang dianjurkan sempena ulang tahun kelahiran DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, bertujuan mencungkil serta mengetengahkan bakat-bakat baharu dalam arena sukan golf di negeri Perak, di samping memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pemain.

854131025 1559888159497032 3556422476709683780 N
854237796 1559888009497047 2252462774837806298 N
854237803 1559888152830366 6119239856318204883 N
854237837 1559888212830360 2398006767559529209 N
854627589 1559888199497028 7245813895812148056 N
854781173 1559887986163716 5052052240107071158 N
855111248 1559888116163703 7391847408988244015 N
857130150 1559888129497035 167806981058412871 N
857639728 1559887956163719 3883314685491744246 N
WhatsApp Image 2026 10 19 At 085223

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7268967