Tanjung Malim, 6 Oktober 2026- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan berangkat merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim hari ini.
Turut berkenan berangkat DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa serta DYAM Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah.
Turut hadir, YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak dan isteri, YABhg. Datin Seri Aezer binti Zubin; YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara) dan isteri, YABhg. Toh Puan Datin Seri Diraja Puan Sri Hajah Rasiah binti Md. Nor; YB Dato’ Seri Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Seri Aznee binti Abu Samah; YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan isteri, YBhg. Datin Che Fauziah binti Ahmad; YDH IG Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail, Ketua Polis Negara serta YBhg. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri dan turut hadir pada program berkenaan YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh.
Pada majlis tersebut, Tuanku Sultan berkenan menyempurnakan lafaz dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.
Pembangunan kompleks IPD baharu yang mula bina pada Disember 2017 ditapak seluas 11.40 hektar itu, telah menelan belanja sebanyak RM85 juta.
widgetkit id="1016"]