Ipoh, 7 Oktober 2026 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini, telah menerima lawatan penandaarasan daripada Majlis Perbandaran Pengerang bersama Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam perancangan, pembangunan serta pengurusan bandar.
Program yang berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2026 ini melibatkan seramai 26 orang, diketuai oleh Tuan Norazmi bin Amir Hamzah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang.
Ketibaan para delegasi di MBI, telah disambut YBhg. Dato’ Mazlan bin Abd. Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, yang mewakili YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, serta Puan Faridah binti Abdul Aziz, Pengarah Perancangan Korporat MBI.
Selain sesi taklimat dan soal jawab mengenai Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Ipoh 2035, program ini turut diisi dengan lawatan ke beberapa lokasi tumpuan di Ipoh, seperti iaitu Kinta Riverwalk, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Concubine Lane.