Ipoh, 4 Oktober 2026- Sebagai tanda sokongan terhadap Pasukan Sepak Takraw yang mewakili Negeri Perak, iaitu Perak Bison, YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh hadir pada Majlis Pengenalan Pemain Dan Pelancaran Jersi Rasmi Perak Bison, hari ini.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.
Hadir sama pada program berkenaan, YBhg. Dato’ Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, selaku Presiden Persatuan Sepak Takraw Perak Darul Ridzuan (Persedar).
Penganjuran majlis ini, adalah sebagai persiapan pasukan Perak Bison, bagi menghadapi saingan Sepak Takraw League (STL) 2026.
Untuk info, tahun lalu Perak Bison telah menjuarai STL 2025 selepas mempamerkan aksi konsisten dalam kesemua enam pusingan Grand Prix dengan memungut 136 mata mengatasi Kuala Lumpur Thunders, 130 mata dan Melaka Titans 128 mata.