Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PILIHAN RAYA NEGERI PERAK

Ipoh, 5 Oktober 2026 –YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah Datuk Bandar Ipoh, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berusaha, Tuan Mohd Nazri bin Ismail, Pengarah Pilihan Raya Negeri Perak.

Kunjungan itu diadakan menjelang perlaksaanaan taklimat Pegawai Pengurus Negeri Perak yang dijadual berlangsung pada 2 hingga 3 November depan di Ipoh.

Pertemuan ini juga telah membawa kepada perbincangan terhadap persediaan di peringkat Pegawai Pengurus sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), khususnya membabitkan kawasan Parlimen P.064 Ipoh Timur.

Selain itu ia sebagai platfrom bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menyelaras perkara berkaitan serta keperluan yang perlu diberi fokus bagi memastikan urusan pilihan raya di kawasan berkenaan dapat dilaksanakan mengikut ketetapan.

Menerusi pertemuan ini ia telah mencerminkan kerjasama antara SPR dan pihak berkuasa tempatan dalam membuat persediaan awal menghadapi PRU16, selain memastikan aspek pengurusan dan penyelarasan di peringkat kawasan pilihan raya diberi perhatian sewajarnya.

833363623 1546521947500320 5827912063587549003 N
833413128 1546522010833647 3666643741833183931 N
834251293 1546521977500317 5085021781864253255 N
834603273 1546522017500313 4463027261364884342 N
834962807 1546521987500316 1015271017352407639 N
837919850 1546521940833654 4530735222207529431 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/10/2026.
  • Jumlah Pelawat 7202983