Aktiviti & Berita

MAJLIS KESYUKURAN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN

Ipoh, 6 November 2026-DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Tahun 2026 di Masjid Sultan Azlan Shah (Masjid INTIM), di Ipoh.

Keberangkatan tiba baginda disambut, YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YB Dato' Azmir Shah bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak; YB Dato’ Haji Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak serta YBhg. SS Dato' Hj. Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Turut hadir pada majlis berkenaan, YB Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Haji Harith Fadzilah bin Hj Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk); YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan solat Jumaat bersama para jemaah.

Khutbah Jumaat bertajuk “Negeri Beraja – Rakyat Bersultan” yang disampaikan sempena sambutan berkenaan menekankan kepentingan hubungan antara raja, pemimpin dan rakyat yang berteraskan keadilan, hormat, kesetiaan, kejujuran serta saling menasihati dalam perkara yang benar.

Majlis yang sama turut diadakan di masjid-masjid daerah di seluruh negeri Perak sebagai tanda kesyukuran dan penghormatan sempena ulang tahun hari keputeraan baginda.

861237448 1580236540795527 5354777491314860239 N
889842407 1580236244128890 3689932795728077629 N
890597567 1580236174128897 7563876109674056374 N
890644434 1580236324128882 4718674956727291974 N
890672230 1580236177462230 4866361907754593077 N
890971380 1580236447462203 2418591271553721362 N
892010865 1580236240795557 9049617687511875847 N
892738591 1580236414128873 5359846176914246090 N
893627046 1580236014128913 6629746266840338769 N
893803057 1580236530795528 5040195389436382795 N
894035134 1580236064128908 3327008087008070668 N
894841300 1580236087462239 7502579663503703623 N
895067781 1580236304128884 784549253785822120 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 10/11/2026.
  • Jumlah Pelawat 7366574