Susulan daripada Pertandingan Idea Konsep Reka Bentuk Cadangan Menaiktaraf Pasar Besar Ipoh yang telah diiklankan pada 17 Mac yang lalu, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku urusetia pertandingan telah menerima sebanyak 39 penyerahan penyertaan (submission) daripada peserta berdaftar.
Sesi penilaian awal dan saringan telah dijalankan pada 5 Mei 2025 (Isnin) di Bilik Mesyuarat Utama, UTC Perak, dikendalikan oleh convener pertandingan, Ar Noor Afandi bin Mad Noor.
Barisan Panel Juri adalah seperti berikut:
- Tuan A’zman bin Mohd Harun (Ketua Panel Juri),
Pengarah Kanan (Teknikal), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
- Ts. Muhammad Syahril bin Sapiran,
Pengarah Kawalan Pembangunan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
- Dato’ Ar. IDr. Azman bin Md Hashim,
Presiden Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)
- Ar. Adrianta Aziz,
Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
- IDr. Norshafina Ibrahim,
Presiden Malaysian Institute of Interior Design (MIID)
- Ar. Mohamad Nazli bin Ramli,
Pengarah Bahagian Kawalan Pemajuan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
- Ar. Badrul Hisham Mohamad Said,
Prinsipal Badrul Hisham Architect
Sebanyak 5 penyertaan telah disenarai pendek (finalis), iaitu dengan No. Penyertaan yang berikut:
MBI002
MBI004
MBI012
MBI014
MBI039
Finalis ini akan membuat pembentangan kepada barisan Panel Juri bagi penyerahan penyertaan (submission) FASA 2, dijadualkan pada 20 Mei 2025 (Selasa).
Cadangan idea konsep reka bentuk oleh kelima finalis ini juga akan diadakan pameran untuk orang awam di lobi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sepanjang tempoh 12 hingga 16 Mei 2025 dan di ruang legar UTC Perak sepanjang tempoh 19 hingga 23 Mei 2025.
Tahniah diucapkan kepada finalis yang berjaya dan jutaan terima kasih kepada peserta berdaftar yang lain atas penyertaan yang telah dikemukakan.