Aktiviti & Berita

SAMBUTAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MAJLIS BANDARAYA IPOH 2024

15 Mei 2025- Seramai 176 anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terdiri daripada 121 lelaki dan 55 wanita menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dan 60 lagi anggota telah menerima Anugerah Keterampilan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MBI Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Casuarina Ipoh petang tadi.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan telah disempurnakan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh, Y.Bhg. Dato’ Haji Mazlan bin Abd. Rahman, Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Para penerima APC telah menerima manfaat berupa insentif RM1,000 seorang dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional, sijil penghargaan dan cenderahati manakala bagi penerima Anugerah Keterampilan pula telah menerima Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional RM400 dan sijil penghargaan.


MBI merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada anggota yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Keterampilan 2024.


Semoga tahun 2025 ini akan menjadi titik tolak kepada warga MBI untuk meneruskan kecemerlangan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada wargakota Ipoh.

497393024 1079928214159698 2319710503421276496 N
497397562 1079928494159670 6611134811029614192 N
497398840 1079928507493002 8559555469039397412 N
497437028 1079928460826340 5970966388360413937 N
497444564 1079928134159706 4126818595288271077 N
497447520 1079928300826356 4545879366172035200 N
497460345 1079928557492997 4717711536781148169 N
497465993 1079928220826364 2598516243844305830 N
497616800 1079928347493018 2118037767905859307 N
497693832 1079928444159675 3721678997348019894 N
497719968 1079928540826332 5295261433474312604 N
497724862 1079928290826357 9165215609571255336 N
497732707 1079928360826350 671634979841741819 N
497732712 1079928520826334 2242166579405482646 N
497735391 1079928164159703 6121079545191421741 N
497768138 1079928184159701 1569031140775455453 N
498114675 1079928477493005 1308004345499006917 N
498542427 1079928394159680 7061812814030383020 N
498654795 1079928150826371 4054281148153721813 N
499203441 1079928434159676 1059865565419495860 N

mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020491