Aktiviti & Berita

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DAN DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION NEGERI PERAK SEMPENA MAHA 2026

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN DAN DYMM RAJA PERMAISURI PERAK DARUL RIDZUAN BERKENAN BERANGKAT KE PAVILION NEGERI PERAK SEMPENA MAHA 2026
Serdang, 2 September 2026 – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Pavilion Negeri Perak sempena Program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), hari ini.

Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak telah disambut oleh YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Perak.

Turut hadir ialah YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, bersama pegawai kanan kerajaan, ketua-ketua jabatan serta wakil agensi berkaitan.

Dalam lawatan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Raja Permaisuri Perak berkenan menyertai sesi bergambar sebelum melawat sekitar Pavilion Negeri Perak serta laman-laman pameran yang mengetengahkan pelbagai produk, inovasi, hasil pertanian dan potensi sektor agro serta agro pelancongan negeri.

Penyertaan Negeri Perak dalam MAHA 2026 menjadi platform penting dalam mengetengahkan kekuatan, keunikan dan potensi sektor pertanian negeri, di samping memperkenalkan produk serta keupayaan usahawan tempatan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Penganjuran ini turut membuka peluang lebih luas kepada pemain industri dan usahawan untuk membina jaringan kerjasama strategik, meneroka peluang pasaran baharu serta memperkukuh promosi produk pertanian dan agro pelancongan Negeri Perak.

Kehadiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam program berkenaan turut mencerminkan sokongan berterusan pihak berkuasa tempatan terhadap usaha Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh sektor pertanian, keusahawanan dan pelancongan sebagai antara pemacu pertumbuhan ekonomi serta pembangunan mampan negeri.

MAHA merupakan antara pameran pertanian terbesar negara yang menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri, usahawan dan masyarakat dalam satu platform bagi mengetengahkan perkembangan terkini dalam bidang pertanian, hortikultur, teknologi makanan serta agro pelancongan.

789673225 1466285738857275 7806819443326887783 N
789673232 1466285608857288 5627956938133735437 N
789863146 1466285685523947 5063296822762416875 N
789863151 1466285722190610 543746072888508419 N
790121100 1466285662190616 2166863983392834052 N
790121101 1466285762190606 1511222902894458385 N
790121112 1466285632190619 828873762913025180 N
790248276 1466285788857270 3239362920595820362 N
790283640 1466285908857258 5589067169786994513 N
790341047 1466285835523932 8824612381329135642 N
790434588 1466285822190600 6971532135590725082 N
791361246 1466285858857263 8509200262977005138 N
791443285 1466285875523928 6613986045377410979 N
792526760 1466285922190590 2021864290810753307 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

     

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 04/09/2026.
  • Jumlah Pelawat 7090094