LAWATAN KERJA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN KE MAJLIS BANDARAYA IPOH
6 Julai 2023-Tuan Syahrul 'Azrin bin Ghazali, Penasihat Undang-Undang MBI telah menerima kunjungan delegasi dari Majlis Bandaraya Seremban yang diketuai oleh Tuan Hanizam bin Ahmad, Pengarah Undang-Undang & Penguatkuasaan MBS petang tadi.
Pertemuan yang berlangsung di Bilik Anggerik MBI tersebut adalah sesi perkongsian ilmu berkaitan pengurusan semakan perjanjian, pendakwaan dan perjalanan pengurusan Unit Undang-Undang MBI.
Semoga lawatan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan bersama PBT.