Aktiviti & Berita

KUNJUNG HORMAT DELEGASI HRD CORP PERAK MENEMUI DATUK BANDAR IPOH

5 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Negeri Perak yang diketuai oleh Puan Nor Hanis binti Zulkiflee, Ketua HRD Corp Perak, pada pagi ini.

Kunjungan tersebut turut disertai oleh Ketua-Ketua Jabatan HRD Corp Perak dan bertujuan untuk memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara pihak HRD Corp dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan berkenaan peluang kerjasama dalam pembangunan modal insan serta program-program latihan yang mampu memacu kemajuan sosioekonomi di Bandaraya Ipoh.

Semoga kunjungan hormat ini akan menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat demi kesejahteraan dan pembangunan mampan Bandaraya Ipoh.

504093940 1095007075985145 4051522959402133389 N
504215361 1095007119318474 4635887107616499920 N
504291828 1095006989318487 2750175760303114604 N
504294037 1095006959318490 3621406770263553474 N
504294038 1095006905985162 7827178525630992882 N
504314514 1095007089318477 2181515714212803794 N
504362277 1095007002651819 5303567085098271751 N
504371342 1095007042651815 944730202997762633 N
504411413 1095006969318489 5818037623138431547 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020024