Aktiviti & Berita

LAWATAN DELEGASI LIANYUNGANG, CHINA KE MAJLIS BANDARAYA IPOH

Ipoh, 5 Jun 2025 – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi daripada delegasi Lianyungang, China, dalam usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua bandar raya.

Delegasi tersebut diketuai oleh Professor Zhang Yuanliang, Naib Presiden Jiangsu Ocean University, bersama Puan Zhang Xu, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa, serta Puan Yan Jin’e, Timbalan Pengarah Biro Kebudayaan, Radio, Televisyen, Pelancongan dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Lianyungang.

Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya Ipoh, yang mewakili YBhg. Datuk Bandar Ipoh. Turut hadir dalam sesi lawatan ini ialah Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Lawatan ini bertujuan mengeratkan hubungan persahabatan dan membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang pentadbiran bandar, pembangunan lestari, serta penambahbaikan perkhidmatan awam melalui perkongsian pengetahuan, kepakaran dan amalan terbaik.

Majlis Bandaraya Ipoh berharap lawatan ini akan menjadi landasan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak, sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan dan kemajuan bersama.


503841776 1095006079318578 1353574032691664768 N
504020724 1095006252651894 1449849415907526666 N
504059664 1095006215985231 6446178047946477576 N
504133225 1095006289318557 686308393285541266 N
504145910 1095006112651908 1803398052986021445 N
504226337 1095006049318581 9089189086220676276 N
504304807 1095006279318558 3918736392022732942 N
504305571 1095006122651907 6561963452492267331 N
504340766 1095006082651911 7449726097516752465 N
504341386 1095006209318565 1240597852003747047 N
504341479 1095006245985228 4171097701697084611 N
504373289 1095006059318580 4248564949690968146 N
504418125 1095006159318570 5835674402638715853 N
504513718 1095006152651904 2150168646245351305 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020094