Aktiviti & Berita

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI KUMPULAN SUNWAY MENEMUI DATUK BANDAR IPOH

Ipoh, 5 Jun 2025 – YBhg. Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kumpulan Sunway pada petang ini bertempat di Pejabat Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Delegasi tersebut diketuai oleh Encik Wong Wan Wooi, Pengarah Eksekutif Sunway City Ipoh dan turut disertai oleh Encik Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Kanan Taman Tema Sunway; Encik Mark, Pengurus Besar The Banjaran Hotsprings Retreat, Encik Choy, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Sunway serta Ketua Jabatan MBI.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara Kumpulan Sunway dan MBI dalam pelbagai aspek pembangunan bandar. Sepanjang sesi pertemuan, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan yang konstruktif meliputi potensi kerjasama dalam bidang pembangunan hartanah, inisiatif kemampanan bandar, pelaburan serta projek hijau yang mampu memperkasakan pertumbuhan masa hadapan Bandaraya Ipoh.

MBI menyambut baik inisiatif seperti ini yang bukan sahaja mempererat hubungan dua hala, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi serta meningkatkan kesejahteraan warga bandaraya ini.

Semoga kunjungan ini menjadi permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan berterusan demi kelestarian dan kemajuan Bandaraya Ipoh.

501041579 1095215419297644 2697818155129980488 N
501064166 1095215319297654 1101644037537005693 N
501131187 1095215342630985 4835610316302000069 N
504061250 1095215442630975 4272178695027013507 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7020024