Aktiviti & Berita

1000 WARGA MBI SERTAI EXECUTIVE TALK BERSAMA DATUK BANDAR IPOH

7 Februari 2024 - 1000 warga MBI telah menyertai 'Executive Talk' bersama Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh di Pusat Konvensyen Ipoh pagi tadi.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan, Ketua Jabatan, pegawai dan anggota MBI.

Konsep Bandar Ekonomi Donat seperti yang dilhamkan oleh Professor Kate Raworth dari Oxford University adalah bagi memastikan pembangunan yang seimbang dalam memenuhi keperluan ekonomi tetapi dalam lingkungan had kemampuan alam sekitar. Kerangka Ekonomi Donat ini disempadani oleh bulatan kesejahteraan sosioekonomi di bahagian dalam dan disempadani oleh batasan kemampuan alam sekitar di sebelah luar menjadikan bentuknya seperti donat atau kuih keria.

Konsep bandar Ekonomi Donat ini telah dilaksanakan di beberapa bandaraya dunia antaranya Amsterdam (Belanda), Brussels (Belgium), Berlin (Germany), Melbourne dan Sydney (Australia), Oxford dan Birmingham (UK). Ianya adalah ekonomi kitaran yang bukan sahaja mengambilkira kelestarian alam sekitar, tetapi juga keadilan sosioekonomi dan kesesuaian tempatan. Ipoh merupakan bandaraya pertama di rantau ini mempelopori konsep bandar Ekonomi Donat.

Majlis Bandaraya Ipoh telah mengambil inisiatif awal dengan mewujudkan sebuah Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donat bagi membantu mencapai hasrat ini.

Dalam Ekonomi Donat ini, ia mencadangkan bahawa kita harus menumpukan kepada memenuhi keperluan komuniti - secara asasnya, perlu mewujudkan ekonomi penjanaan semula dan pengedaran. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa pembangunan manusia kekal dalam "donut", yang mencapai keseimbangan antara kemajuan sosial dan kelestarian alam sekitar.

Dalam menjalankan usaha mewujudkan bandar yang CERIA (Canggih, Ekonomi, Rahmah, Inklusif, Aman) bagi fokus 2024, MBI perlu memastikan pelbagai inisiatif yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan penduduk.

Selain itu, untuk mencapai matlamat menuju ke arah bandaraya 'human centric', langkah-langkah strategik perlu diambil bagi memperkasa kehidupan komuniti dan memastikan keadilan sosial.
Dalam ucapan Datuk Bandar, beliau mengharapkan sokongan, kerjasama dan yang paling penting semangat berpasukan dari seluruh warga MBI dalam memaju dan memastikan perkhidmatan perbandaran dapat disampaikan dengan lebih efektif.

Menurut beliau lagi, apa yang lebih penting, adalah kesungguhan warga MBI untuk terus memahami dan mendokong Fokus MBI pada tahun 2024 untuk mewujudkan bandar yang CERIA (Canggih, Ekonomi, Rahmah, Inklusif, Aman) dalam memastikan pelbagai inisiatif dinikmati oleh wargakota Ipoh yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.

Warga MBI juga diharap akan membulatkan tekad dan keazaman untuk terus memberi komitmen tinggi dalam 1 pasukan agar setiap perkara yang dirancang dan dilaksanakan yang akhirnya sama-sama dapat menjayakan sekali gus memberi limpahan kebaikan kepada wargakota Ipoh.

Semoga Program 'Executive Talk' ini akan menjadi platform untuk menjayakan semua perancangan yang telah dirancang oleh MBI.

425805924 768007998685056 6142302064294475345 N
425817048 768008088685047 7995999323811756465 N
425836093 768007778685078 7595541121113337813 N
425853167 768007678685088 7733688241745877610 N
425866081 768007975351725 310716507013556371 N
426612959 768007908685065 6901913868861205167 N
426628020 768008158685040 5631288802527606611 N
426628039 768008025351720 6348233669067997783 N
426628487 768008205351702 84590499535763477 N
426641695 768007758685080 8037675701440682495 N
426655034 768007668685089 7912171810901695408 N
426764599 768008115351711 1537582124845864034 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025905