14 Februari 2025- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Program Back To School petang tadi.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Komuniti MBI dengan kerjasama Syarikat Puncak Emas Infra Sdn Bhd dan Pasaraya Borong Sakan itu bertujuan memberi bantuan awal persekolahan kepada anak anggota MBI yang kurang kemampuan dalam kategori B40.
Menerusi program itu seramai 67 orang pelajar sekolah menengah dan 67 orang pelajar sekolah rendah telah menerima manfaat berkenaan.
Kesemua mereka menerima barangan kelengkapan sekolah seperti baju, beg dan kasut sekolah.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan majlis perasmian Program Back To School petang tadi.
Hadir sama pada program berkenaan Ahli Majlis MBI, Tuan Ir. Ahmad Fauzan bin Ahmad Malik, Pengurus Operasi, Encik Hud bin Abdul Halim, Pengurus Perhubungan Awam Encik Mohd Azham bin Azmi, Pengurus Seksyen Ipoh Puncak Emas Infra Sdn. Bhd, Puan Nafisah Izati binti Sharifuddin, Pengurus Pasaraya Borong Sakan Cawangan Kuala Kangsar dan Ketua Jabatan MBI.
Diharapkan program seumpama ini dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak, membantu pelajar mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta memberi galakan kepada para pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik.