Aktiviti & Berita

200 POKOK TEDUHAN SPESIS KELAT PAYA, DITANAM DI SEPANJANG RIZAB JALAN HALA MENGLEMBU 13 DI IPOH

14 Oktober 2023- Sebanyak 200 pokok teduhan spesis Kelat Paya, ditanam di sepanjang Rizab Jalan Hala Menglembu 13, di Ipoh.
Program Penanaman pokok itu dilaksanakan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Penanaman Pokok Teduhan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Syarikat Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd.
Majlis Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Munir Bin Ishak, Setiusaha Bandaraya mewakili Datuk Bandar Ipoh pagi tadi.
Hadir sama pada program berkenaan adalah Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Encik Kwan Boon Fei dan En. Kwan Boon Lee, Pengarah Eksekutif Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd, Encik Chan Yen Kok, Ketua Pegawai Operasi Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd, Encik Azman Bin Harun Pengarah Kanan MBI, (Teknikal) dan LAr. Encik Meor Abdullah Bin Zaidi, Pengarah Jabatan Taman & Landskap MBI.
Inisiatif penanaman pokok itu dilihat mampu memberi imej baharu yang lebih positif kepada laluan utama kawasan perindustrian selain dapat mengurangkan jumlah karbon di kawasan perindustrian. Ia juga dapat meningkatkan kualiti udara, kualiti hidup penduduk bandar serta menghijaukan Bandaraya Ipoh.
Komitmen dan usaha bagi penanaman pokok teduhan ini bukan sahaja menjadi tugas pihak Majlis atau kerajaan, namun ia juga sangat digalakkan melalui penglibatan agensi swasta seperti mana usaha yang dilaksanakan oleh syarikat Wei Dat Steel Wire ini.
Untuk info berdasarkan data penanaman pokok teduhan, dari tahun 2020 hingga tahun 2023, pihak MBI telah melaksanakan hampir 6,500 pokok pelbagai spesis dengan ketinggian minima 7 kaki bagi setiap pokok yang ditanam.
MBI merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Wei Dat Steel Wire Sdn Bhd atas sokongan dan kerjasama dalam usaha murni ini sekali gus mencapai visi Majlis untuk menjadikan bandaraya ini lebih hijau, lestari dan rendah karbon menjelang tahun 2030.

358355835 700991268720063 8848696520447731039 N
391734858 700991395386717 339133847160832027 N
391736066 700990765386780 6723862422078856841 N
391742793 700990485386808 7998649008772627680 N
391762797 700990958720094 1758079793974158241 N
392774884 700990848720105 6766332697231709721 N
392776414 700991035386753 1174464002468079602 N
392777941 700991165386740 5436323772710798876 N
392783257 700990625386794 6078325281760768968 N
392784763 700991325386724 4373372096928110326 N
392787013 700990548720135 637287358510007174 N
392822418 700990525386804 8863071585469192223 N
392826983 700990705386786 1648830013463817889 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026845