Aktiviti & Berita

2024 WUXI INTERNATIONAL MONTH AND INTERNATIONAL CHERRY BLOSSOM FESTIVAL INVITATION

Wuxi, China- Clr. Encik Ng Haen Vee, Ahli Majlis MBI telah mengetuai delegasi MBI 2024 ke Wuxi International Month and International Cherry Blossom Festival Invitation pada 19-21 Mac 2024.

Ia turut dihadiri oleh Clr. Encik Lam Yew Tact, Clr. Encik Lawrence Palanisamy, Ahli Majlis; Encik M. Raman Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya; Encik Lee Soon Gum, Pengarah Pelesenan Bandaraya dan Encik Lau Tiong Fuie, Penguasa Kesihatan.

Antara kemuncak festival tersebut adalah 'The 11th Wuxi International Sister Cities Forum & "Global Identity for City Visibility" Wuxi Dialogue'. Clr. Encik Ng Haen Vee telah menjadi salah seorang ahli forum tersebut dan memberi penenerangan tentang bandar raya Ipoh serta kejayaan bandar raya Ipoh menerima pengiktirafan UNESCO Creative City.

Para delegasi turut diberi pendedahan serta menimba pengalaman secara lebih berkesan melalui perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan oleh pengurusan bandaraya berkembar yang lebih berkesan, mencari peluang pelaburan dalam aspek Perdagangan, Kebudayaan dan Pelancongan untuk membantu meningkatkan ekonomi negeri secara am dan bandaraya Ipoh secara khususnya.

Tujuan utama menyertai festival ini adalah untuk memperkenalkan Konsep 3H (Hipster,Heritage and Health) dan pengiktirafan Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori Muzik, kepada 300 delegasi dari 30 bandaraya di seluruh dunia yang terlibat dalam forum tersebut.

Semoga penyertaan MBI dalam sesi jemputan dialog antarabangsa ini akan dapat memperkenalkan bandar raya Ipoh kepada dunia serta membantu Ipoh mencapai hasrat menjadi Bandaraya Bestari Sejahtera dan Perak Sejahtera.

432053591 792319156253940 8415115126837763445 N
432462084 792319482920574 2986197741495034470 N
433431734 792319336253922 8905913681601143032 N
433434985 792319246253931 5316336326064239087 N
433442895 792319129587276 7083593685290097157 N
433449920 792319279587261 449146420809598646 N
433466157 792319219587267 1856423746069814138 N
433471733 792319306253925 5254849056956358168 N
433509135 792319182920604 4891761241427244476 N
434055451 792319436253912 3784756547919983900 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025362