19 Januari 2025 - Seramai 28 orang anak anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyertai Program Berkhatan Beramai-ramai pagi tadi.
Majlis yang berlangsung di bangunan MBI itu, dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Islam MBI (PERKIP) dengan kerjasama MBI.
Program tahunan yang diadakan sempena cuti persekolahan ini, bertujuan bagi membantu anak-anak anggota MBI yang kurang berkemampuan membiayai kos bersunat selain merapatkan jalinan ukhuwah.
Terdahulu majlis perasmian program berkenaan telah disempurnakan Clr. Azmy bin Mohamed Nazir, Ahli Majlis MBI, mewakili Datuk Bandar Ipoh.
Hadir sama pada program itu En. Ahmad Marzuki Bin Abdul Aziz, Pengerusi PERKIP MBI.
Kesemua anak-anak yang terlibat dalam majlis ini turut menerima sumbangan seperti wang tunai, dan hadiah berupa hamper.