Aktiviti & Berita

3000 BANJIRI KONSERT MUZIKAL SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2024

8 Februari 2024- 3000 wargakota Ipoh telah membanjiri Amphitheatre, Laman Sejahtera, Taman DR Seenivasagam bagi menyaksikan Konsert Muzikal yang julung kali diadakan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 malam tadi.

YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah merasmikan Konsert Muzikal tersebut. Ia turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh, ADUN, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis dan Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya.

Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu persembahan tarian naga dan singa, persembahan dram, tarian tradisional dan nyanyian lagu Cina, persembahan orkestra, pertunjukan bunga api serta jualan makanan dan minuman dengan konsep food truck.

Sebelum itu, YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah merasmikan pencahayaan, aktiviti bot serta melepaskan ikan di Tasik Taman DR Seenivasagam.
Untuk makluman, Amphitheatre telah dibina pada 1 Julai 2021 dan siap sepenuhnya pada 1 Mac 2023. Ia adalah satu projek yang dijalankan bagi memanfaatkan kawasan lapang Taman D.R. Seenivasagam serta dibina bersebelahan tasik buatan.

Amphitheatre merupakan sebuah pentas terbuka dan boleh memuatkan seramai 800 orang penonton yang mana ianya sesuai digunakan untuk pertunjukan hiburan dan seni selaras dengan pengiktirafan bandar raya Ipoh sebagai Bandar Raya Muzik oleh UNESCO Creative Cities Network (UCCN) pada 31 Oktober 2023.

Ini akan menjadikan Amphitheatre sebagai tempat tumpuan penggemar muzik dan seni untuk menggunakan kawasan ini untuk mempromosikan seni persembahan dan juga menjadi destinasi pelancongan baharu untuk pengunjung tempatan dan luar negara.

Pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM250,000.00 untuk menaiktaraf dan menambahbaik pencahayaan di sekitar kawasan Amphitheatre termasuk di kawasan pulau berhadapan dengan Amphitheatre untuk menjadikan persekitaran yang lebih selesa dan selamat kepada para pengunjung pada waktu malam. Kerja-kerja menaiktaraf ini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Konsert Muzikal.

YB Menteri KPKT melalui Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM500,000.00 dalam masa terdekat dan Majlis Bandaraya Ipoh juga telah memberi komitmen dengan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM250,000.00 yang menjadikan jumlah peruntukan tambahan ini berjumlah RM750,000.00. Peruntukan tambahan ini adalah bagi kerja-kerja menaiktaraf landskap sebanyak RM250,000.00 dan penambahan pencahayaan sebanyak RM500,000.00 di sekitar kawasan Taman D.R. Seenivasagam termasuk kawasan Amphitheatre bagi menambah tarikan kepada penggiat seni dan juga pengunjung.

Pada masa yang sama, YB Menteri KPKT turut mengumumkan peruntukan RM500 ribu bagi menaiktaraf Gerbang Malam Fasa 2.

Semoga dengan adanya Amphitheatre ini dapat menjadi satu lagi platform bagi penggiat seni di Bandaraya Ipoh seperti program muzikal seumpama ini.

425526304 769002671918922 661873809265968942 N
425539697 769002648585591 1133400283537691211 N
426405343 769002008585655 7985039831361332879 N
426410583 769002885252234 651304666330345400 N
426438090 769002901918899 3838262851087179954 N
426459052 769002785252244 3410746948996270962 N
426479408 769002308585625 4413576691234636623 N
426484728 769002541918935 2525056819113223379 N
426508709 769002765252246 5200500773352511485 N
426514715 769002545252268 8766453421870082782 N
426540033 769002358585620 1614956766579036990 N
426544321 769002555252267 6303961510410132384 N
426545303 769002781918911 4029991576127350982 N
426551031 769002881918901 8317095967766758367 N
426557585 769002985252224 4812523614322834524 N
426571031 769002191918970 4133246539424145214 N
426575987 769002678585588 1454123291942826771 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025773