Aktiviti & Berita

450 SERTAI LARIAN VISIT PERAK VOL. 1

26 Mei 2024-450 peserta telah menyertai Larian Visit Perak Vol. 1 sejauh 5 km pagi tadi. Pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Zulqarnain bin Mohamad, Ketua Sekretariat Ekonomi Donat mewakili Datuk Bandar Ipoh.

Ia merupakan penganjuran kali pertama dan akan diteruskan dengan Larian Visit Perak Vo.2 dan Vol.3. Ia merupakan salah satu program yang dianjurkan bagi memenuhi pengisian dalam mempromosikan tahun melawat Perak 2024.

Larian ini juga merupakan sebahagian daripada Program Ipoh Low Car Day (ILCD) bulan Mei yang bertemakan Sambutan Hari Keluarga Sedunia (International Family Day).

Penganjuran ILCD oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kali ini lebih meriah hasil kolaborasi bersama Tourism Perak dan Rat Adventure sebagai pemacu acara tersebut.

Penyertaan dan kerjasama erat daripada dengan agensi kerajaan dan swasta lain juga telah melengkapkan penganjuran ILCD kali ke-70 ini, apabila pelbagai aktiviti dan pameran yang diadakan telah mewujudkan kerjasama strategik dengan aktiviti kekeluargaan sekali gus mempertingkatkan kesedaran bertapa pentingnya sesebuah keluarga yang bahagia dan sihat bersempena dengan tema Sambutan Hari Keluarga Sedunia bulan ini.

Disamping itu, selain larian santai, terdapat juga aktiviti melukis dan mewarna, aktiviti cross words puzzle anjuran DonutCity, serta National Stroke Association of Malaysia (NASAM) yang memberi nasihat dan menyediakan program pemulihan kepada mangsa stroke.

Penganjuran ILCD kali turut dijayakan dengan penglibatan peserta baru seperti Naglus Industries, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Akademik Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Good Shepherd Service, My Meta World dan agensi kerajaan yang lain. Inisiatif dan aktiviti para peserta ini tidak akan terhenti untuk program ini sahaja, tetapi pelbagai perancangan dan perlaksanaan akan diadakan pada masa untuk penganjuran program seterusnya.

441935093 833482085470980 2700105019531285370 N
442445988 833481952137660 6075551085853489418 N
442494143 833481955470993 5274962657049419929 N
444784223 833482088804313 2738564881795872439 N
444839552 833482055470983 2968452618708418839 N
445014193 833482168804305 1241826526227994383 N
445014448 833481965470992 9167279615307579502 N
445014448 833481965470992 9167279615307579502 N 1
445517964 833482178804304 3521001784740620805 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025080