Aktiviti & Berita

49 PENIAGA HADIR KE SESI TAKLIMAT & UNDIAN TAPAK OPERASI PERNIAGAAN DI SAJI SEJAHTERA@POLO

29 Februari 2024-Seramai 49 peniaga daripada 51 orang yang dijemput, telah hadir ke Sesi Taklimat dan Undian Tapak Operasi Perniagaan yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti MBI di Saji Sejahtera@Polo, Jalan Brash pagi tadi.

Ia telah dihadiri oleh Encik M.Raman a/l Maran, Pengarah Kesihatan Bandaraya, Encik Lee Soon Gum, Pengarah Pelesenan Bandaraya, Sr. Azlin binti Alang Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Fasiliti dan wakil jabatan MBI dari Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan, Jabatan Penilaian & Hartanah serta Jabatan Kerja & Bangunan.

Para peniaga telah diberikan taklimat mengenai syarat-syarat pengendalian makanan, kebersihan & keselamatan makanan serta penjagaaan persekitaran dan pelupusan makanan serta diberikan surat tawaran berniaga di Saji Sejahtera@Polo.

Para peniaga dibenarkan mula berniaga di Saji Sejahtera@Polo pada 1 Mac 2024 dan turut diberi tempoh 14 hari untuk memberi maklumbalas terhadap surat tawaran yang diberikan.

Semoga pembukaan Saji Sejahtera@Polo ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga serta pengunjung.

409100055 780978430721346 7086634874612403008 N
429660953 780978114054711 5462645774275749778 N
429665194 780978404054682 6713297094096965797 N
429668116 780978167388039 6266425988911981994 N
429684966 780978100721379 1366209856875274716 N
429685082 780978550721334 4799151466156022416 N
429746349 780978164054706 5931199662940432808 N
429789892 780978320721357 4969582948686914523 N
429792661 780978304054692 1628188210560963890 N
429816390 780978130721376 2965238573736260541 N
429822743 780978104054712 865509824612726469 N
429826003 780978440721345 5466836194458021710 N
430204594 780978324054690 1002918726460487742 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7025701