22 Ogos 2024- Seramai 54 penjaja telah dijemput menghadiri Sesi Taklimat Dan Undian Tapak MyKiosk Meru yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Fasiliti MBI di Bilik Gerakan, Tingkat 2, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Ahli- Ahli Majlis iaitu Clr. Encik Ahmad Khair Faizal bin Yahaya, Clr. Encik Faidz bin Ismail dan Clr. Encik Mohd Zakaria bin Mohamad serta Puan Hajah Saidatul Akma binti Jamaludin, Pengarah Kanan (Kewangan). Turut hadir bersama ialah Encik Ahmad Zaiyadi bin Sudin, Pengarah Penguatkuasaan Bandaraya dan wakil jabatan MBI dari Jabatan Kerja & Bangunan.
Sebelum undian tapak dan penyerahan Surat Tawaran dilaksanakan, mereka telah diberikan taklimat mengenai syarat-syarat penyewaan oleh PMgr Sr. Azlin binti Alang Ismail, Pengarah Pengurusan Fasiliti , syarat-syarat pengendalian makanan, kebersihan dan keselamatan makanan oleh Encik M.Raman a/l Raman, Pengarah Kesihatan Bandaraya , syarat penjagaan persekitaran dan pelupusan sampah oleh Puan Zuriyana binti Ahmad, Penolong Pengarah Perkhidmatan Perbandaran serta syarat-syarat permohonan lesen oleh Encik Lee Soon Gum, Pengarah Pelesenan Bandaraya.
Para penjaja diberi tempoh 14 hari utk memberi maklumbalas terhadap Surat Tawaran yg diberikan.
Semoga MyKiosk yg disediakan di Meru ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.