Aktiviti & Berita

80 PESERTA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERTANDINGAN SKATEBOARD PIALA DATO HAJI MAZLAN

4 Januari 2025 - Sebanyak 80 peserta telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Sukan Papan Selaju atau Skateboard, Piala Dato Haji Mazlan petang tadi.

Program inisatif Y.Bhg.Dato Haji Mazlan Bin Abd Rahman, Ketua WHIP Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu diadakan di Padang Futsal, Taman Perpaduan, Ipoh. Ia telah dihadiri oleh lebih 200 anak muda.

Kesemua peserta yang yang mengambil bahagian adalah terdiri dari golongan remaja yang berasal dari bandar raya Ipoh.

Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru anak muda selain sukan ini mempuyai potensi untuk dikembangkan di bandar raya Ipoh.

Selain pertandingan skateboard, antara sukan lain yang turut dipertandingan dalam kejohanan ini adalah PES Mobile Tournament Esports yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta.

Terdahulu Y.Bhg.Dato Rumaizi Bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan pertandingan ini serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang malam tadi.

Pemenang yang menjuarai pertandingan ini menerima hadiah berupa wang tunai, hamper dan piala.

Program seumpama ini diharap dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan dengan skala yang lebih besar agar sukan ini dapat dikenali dan dikembangkan lagi di sekitar bandar raya Ipoh.

IMG 20250104 WA0094
IMG 20250104 WA0095
IMG 20250104 WA0096
IMG 20250104 WA0097
IMG 20250104 WA0098
IMG 20250104 WA0099
IMG 20250104 WA0100
IMG 20250104 WA0101
IMG 20250104 WA0102
IMG 20250104 WA0103
IMG 20250104 WA0104
IMG 20250104 WA0105
IMG 20250104 WA0106
IMG 20250104 WA0107
IMG 20250104 WA0108
IMG 20250104 WA0109
IMG 20250104 WA0110
IMG 20250104 WA0111
IMG 20250104 WA0112
IMG 20250104 WA0113
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022661