21 April 2025-Bandar raya Ipoh telah dipilih menjadi tuan rumah bagi penganjuran 3rd City Windows Series: “Transforming Smart Green City Solutions Through Blended Finance”.
Penganjuran program ini menyasarkan untuk mengumpulkan para pemegang taruh dari pelbagai negara bagi membincangkan amalan terbaik dalam pembangunan bandar mampan serta mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara kerajaan, agensi pembangunan, dan sektor korporat.
Acara yang berlangsung selama 3 hari bermula 21 April 2025 itu melibatkan penyertaan daripada 10 buah negara antaranya Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Lous dan Singapura.
Menerusi program berkenaan seramai 150 orang peserta telah mengambil bahagian.
Terdahulu majlis peluncuran program, telah disempurnakan YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak mewakili YAB Dato’ Saarani bin Mohamad Menteri Besar Perak.
Hadir sama pada program tersebut, Y.Bhg Tuan Zamakhshari bin Hanipah, Datuk Bandar Ipoh, Puan Chencho Gyao Dorje Regional Project Origination Representative United Nation Capital Development Fund (UNCDF), dan En. Meor Shahril Anuar bin Ahmad Rathuan, Naib Presiden Perniagaan Negeri Telekom Malaysia.