Aktiviti & Berita

BANDARAYA IPOH, PERAK MENJADI BANDARAYA YANG MEWAKILI MALAYSIA MENYERTAI MAKASSAR INTERNATIONAL EIGHT FESTIVAL (F8) AND FORUM YANG BERLANGSUNG DI MAKASSAR INDONESIA

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • BANDARAYA IPOH, PERAK MENJADI BANDARAYA YANG MEWAKILI MALAYSIA MENYERTAI MAKASSAR INTERNATIONAL EIGHT FESTIVAL (F8) AND FORUM YANG BERLANGSUNG DI MAKASSAR INDONESIA
25 Julai 2024- Bandaraya Ipoh, Perak menjadi bandaraya yang mewakili Malaysia menyertai Makassar International Eight Festival (F8) and Forum yang berlangsung di Makassar Indonesia.

Program yang diadakan selama lima hari bermula 24 Julai itu, turut melibatkan penyertaan tujuh negara lain iaitu Jerman, Australia, India, Perancis, Singapura, Jepun dan Filipina.

Acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2016 itu, bertujuan untuk menggembangkan lapan sektor ekonomi kreatif Makassar iaitu Food and Fruit, Fashion, Fiction Writers, Fine Art, Fusion Music, Film, Folks, dan Flora Fauna.

Selain itu, penganjuran program seumpama ini juga menjadi platfrom kepada negara-negara yang terlibat untuk mempromosikan produk, pelancongan dan ekonomi setempat.

Bagi tujuan ini Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) juga mengambil bahagian dalam festival berkenaan dengan menyertai aktiviti yang dianjurkan seperti pameran dan Makassar Investment Forum.

MBI telah diwakili oleh Clr. En Basri bin Mohamad Nor, Clr. En Azmy bin Mohamed Nazir dan Clr. En Muhammad Hamzah bin Md Hamdan, Ahli Majlis MBI.

Acara perasmian Makassar International Eight Festival F8 and Forum ini, telah disempurnakan oleh Mohammad Ramdhan Pomanto,Wali Kota Makassar Indonesia.

Program sebegini diharap menjadi platfrom terbaik bagi mempromosi bandaraya Ipoh ke persada antarabangsa menerusi produk pelancongan, kesenian dan ekonomi di Ipoh Perak.

IMG 20240726 WA0018
IMG 20240726 WA0019
IMG 20240726 WA0020
IMG 20240726 WA0021
IMG 20240726 WA0022
IMG 20240726 WA0023
IMG 20240726 WA0024
IMG 20240726 WA0025
IMG 20240726 WA0026
IMG 20240726 WA0027
IMG 20240726 WA0028
IMG 20240726 WA0029
IMG 20240726 WA0030
IMG 20240726 WA0031
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024607