Aktiviti & Berita

BENGKEL PENINGKATAN IMEJ MAJLIS BANDARAYA IPOH MELALUI MEDIA SOSIAL

20 Disember 2024 - Dalam usaha memantapkan lagi peningkatan imej korporat melalui media sosial, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menganjurkan Bengkel Peningkatan Imej MBI Melalui Media Sosial baru-baru ini.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari di Pulau Pinang itu melibatkan penyertaan 18 anggota MBI dari Jabatan Perancangan Korporat, Jabatan Teknologi Maklumat dan Unit Komunikasi Strategik MBI.

Objektif utama penganjuran bengkel berkenaan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta menggunakan aplikasi media sosial dalam menyampaikan mesej secara jelas dan efektif.

Dalam bengkel berkenaan semua peserta yang terlibat telah diberi pendedahan mengenai penggunaan aplikasi dan teknik membina kandungan seperti teks, visual dan video untuk kegunaan media sosial.

Menerusi penganjuran bengkel ini, ia sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan sesi penyampaian maklumat dalam pelbagai saluran media dan menjayakan matlamat perhubungan awam di organisasi.

IMG 20241220 WA0227
IMG 20241220 WA0228
IMG 20241220 WA0229
IMG 20241220 WA0230
IMG 20241220 WA0231
IMG 20241220 WA0232
IMG 20241220 WA0233
IMG 20241220 WA0234
IMG 20241220 WA0235
IMG 20241220 WA0236
IMG 20241220 WA0237
IMG 20241220 WA0238
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/05/2025.
  • Jumlah Pelawat 5651147