11 Julai 2023 - Pasukan bola sepak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas menewaskan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam aksi persahabatan hari ini.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Perak itu menyaksikan MBI menang bergaya dengan keputusan 4-0.
Bermula babak pertama, MBI di depan seawal minit ke-4 hasil rembatan Ahmad Munir Ishak.
Pasukan tuan rumah terus bernafsu dengan gol kedua disumbangkan Radin Amir Afifi Ahmad Aruani pada minit ke 18 hasil rembatan hantaran bola lintang di hadapan gawang gol lawan.
Tersentak dengan jaringan itu, pasukan lawan cuba memperbaiki corak dan rentak pemainan namun gagal menyamakan kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama dengan MBI mendahului 2-0.
Bersambung babak kedua, pasukan MBPG nekad untuk merapatkan kedudukan, namun serangan yang dirancang tidak membuahkan hasil buat pasukan mereka.
MBI terus menggandakan kelebihan apabila berjaya memperoleh gol ketiga menerusi sepakan padu oleh pemain Muhammad Amirul Safwan Roslan pada minit ke 27.
Berselang dua minit kemudian, Mohamad Rizal Ramli melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah dengan gol keempat perlawanan.
Kedudukan 4-0 kekal sehingga ke wisel tamat pelawanan.