Aktiviti & Berita

CABUTAN BERTUAH HADIAH UTAMA CUKAI TAKSIRAN MBI TAHUN 2024

3 April 2024-MBI telah mengadakan Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024 di Hadapan Dewan Mesyuarat MBI pagi tadi. Ia turut disiarkan
secara langsung melalui 'Facebook' MBI.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir menyempurnakan 30 cabutan utama Sesi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran Tahun 2024.

Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Clr. Dato' Mazlan bin Abd. Rahman, Clr. Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Ahli Majlis MBI, Tuan Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Pada tahun ini, pihak Majlis telah menawarkan 230 hadiah-hadiah yang menarik berupa wang tunai berjumlah keseluruhan RM99,000 untuk dimenangi oleh wargakota yang bertuah dengan hadiah utama merupakan Perodua Axia 1.0 E. Ini merupakan tahun pertama pihak Majlis menawarkan semula hadiah cabutan bertuah berupa barangan berbanding empat tahun lepas yang hanya menawarkan wang tunai sahaja susulan daripada pandemik Covid-19.

Pada 8 Mac 2024 yang lalu, pihak Majlis telah melaksanakan 230 cabutan bertuah secara digital bagi mengetahui wargakota yang berjaya menjadi pemenang, dan pada pagi ini pihak Majlis akan mengadakan cabutan khas sekali lagi sebanyak 30 cabutan bagi menentukan pemilik hadiah-hadiah utama yang ditawarkan.

Untuk makluman, Majlis telah merekodkan jumlah kutipan bayaran setahun bil cukai taksiran sebanyak RM 64.43Juta. Ini menunjukkan peningkatan pembayaran jumlah bil cukai taksiran sebanyak 15% berbanding tahun 2023 iaitu 112,277 bil dengan jumlah bayaran RM 51.38 Juta.

Pembayaran ini adalah tanda-tanda positif wargakota menyambut baik Bil Setahun Cukai Taksiran yang diperkenalkan serta Cabutan Bertuah yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

Semoga program ini akan dapat memberi penghargaan kepada wargakota Ipoh yang telah menjalankan tanggungjawab serta berharap sokongan padu yang berterusan dari wargakota kepada Majlis akan membantu merealisasikan hasrat untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera.

IMG 20240403 WA0031
IMG 20240403 WA0032
IMG 20240403 WA0033
IMG 20240403 WA0034
IMG 20240403 WA0035
IMG 20240403 WA0036
IMG 20240403 WA0037
IMG 20240403 WA0038
IMG 20240403 WA0039
IMG 20240403 WA0040
IMG 20240403 WA0041
IMG 20240403 WA0042
IMG 20240403 WA0043
IMG 20240403 WA0044
IMG 20240403 WA0045
IMG 20240403 WA0046
IMG 20240403 WA0047
IMG 20240403 WA0048
IMG 20240403 WA0049
IMG 20240403 WA0050
IMG 20240403 WA0051
IMG 20240403 WA0052
IMG 20240403 WA0053
IMG 20240403 WA0054
IMG 20240403 WA0055
IMG 20240403 WA0056
IMG 20240403 WA0057
IMG 20240403 WA0058
IMG 20240403 WA0059
IMG 20240403 WA0060
IMG 20240403 WA0061
IMG 20240403 WA0062
IMG 20240403 WA0063
IMG 20240403 WA0064
IMG 20240403 WA0065
IMG 20240403 WA0066
IMG 20240403 WA0067
mbir

Layari MBI Portal Radio  dan MBI Radio Facebook untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan
  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/06/2025.
  • Jumlah Pelawat 5715096