Aktiviti & Berita

CABUTAN KERJA-KERJA UNDI MBI SESI 02/24

3 Oktober 2024 - Majlis Bandaraya Ipoh masih mengambil pendekatan untuk mengurangkan interaksi sosial dengan mengadakan Cabutan Kerja-Kerja Undi Sesi 02/24 secara langsung melalui “FB Majlis Bandaraya Ipoh” pagi tadi.

Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menyempurnakan cabutan kerja-kerja undi tersebut. Ia turut dihadiri oleh En. Yusri Bin Ahmad Halili ( Pusat Khidmat Kontraktor),Tn. Haji Roslan Bin Haji Mohd Termizi (Pengerusi, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia), Tn. Haji Ainan Bin Hussin (Timbalan Pengerusi Daerah Kinta, Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia), Tn. Shahron Nizam Bin Md Nor (Wakil dari PERKOBF Perak), Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.

Bagi tahun ini, Majlis mengadakan kerja undi buat kali kedua dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM700 ribu.

Cabutan kerja undi kali ini terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan CIDB G1 bagi kerja awam dalam daerah Kinta sahaja. Peruntukan MARRIS kali ini diperuntukkan sejumlah RM500 ribu dan KPKT RM200 ribu.

Nilai perolehan kerja undi ini juga adalah di bawah RM100,000.00 sejajar dengan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (PK 2.21 – Kaedah Pelaksanaan Perolehan/Projek Kerajaan Tahun 2022,2023 dan 2024) yang telah dikeluarkan.

Pada kali ini terdapat 7 kerja, dari 1 Jabatan bernilai RM700 ribu iaitu:-

i) PJB (Jabatan Kejuruteraan) - Menurap semula jalan bernilai RM700 ribu

Dengan adanya dana ini akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negeri Perak bagi meringankan beban rakyat khususnya kontraktor G1.

Sejumlah 89 kontraktor telah berdaftar bagi lesen CIDB serta lulus tapisan dan mematuhi syarat-syarat kelayakan.

Untuk makluman, Majlis telah memaparkan Notis kerja undi ini melalui medium Portal Majlis serta FB . Pendaftaran dalam talian telah mula dibuka mulai 18 September 2024 (Rabu) jam 8.30 pagi dan berakhir pada 25 September 2024 (Rabu) jam 12.00 tengahari.

IMG 20241014 WA0304
IMG 20241014 WA0305
IMG 20241014 WA0306
IMG 20241014 WA0307
IMG 20241014 WA0308
IMG 20241014 WA0309
IMG 20241014 WA0310
IMG 20241014 WA0311
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7023605