Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH DIPILIH MENJADI SALAH SEORANG PENCERAMAH & AHLI PANEL SEMINAR PEMBANGUNAN TANAH MALAYSIA MADANI 2024

8 Ogos 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah dipilih menjadi salah seorang penceramah dan ahli panel Seminar Pembangunan Tanah Malaysia MADANI 2024.

Seminar anjuran INSTUN di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi menyuarakan pandangan berkenaan pembangunan tanah.

Di sebelah pagi, Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah membentangkan Kertas Kerja II bertajuk "Peranan Akta Kerajaan Tempatan Dalam Pengurusan Dan Pembangunan D Bawah Akta 171".

Di sebelah petang pula, Y.Bhg Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah menjadi Panel Ketiga dalam Sesi Forum yang telah dikendalikan oleh Moderator, Tuan Zulhasni Mohamad, Ketua Bahagian Pengurusan dan Perundangan INSTUN.

Antara Panel Forum tersebut adalah Y.Bhg. Datuk Muhammad Yasir bin Yahaya, Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur & Geospatial, NRES, Tuan TPr. Tuan Zamizan bin Puji, Pengarah Perundangan dan Kawal Selia Perancangan PlanMalaysia dan Prof. Dr. Sharifah Zubaidah binti Syed Abdul Kader dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

IMG 20240809 WA0006
IMG 20240809 WA0007
IMG 20240809 WA0008
IMG 20240809 WA0009
IMG 20240809 WA0010
IMG 20240809 WA0011
IMG 20240809 WA0012
IMG 20240809 WA0013
IMG 20240809 WA0014
IMG 20240809 WA0015
IMG 20240809 WA0016
IMG 20240809 WA0017
IMG 20240809 WA0018
IMG 20240809 WA0019
IMG 20240809 WA0020
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7024339