Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR IPOH DIPILIH SEBAGAI SALAH SEORANG AHLI PANEL PERSIDANGAN DIGITAL SEKTOR AWAM 2023

13 September 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum sempena Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang tadi.

Terdahulu, acara yang bermula seawal pukul 9.00 pagi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pelancaran Portal Data Terbuka dan Penyampaian Sijil Penghargaan Inisiatif Pendigitalan.

Program berikutnya diteruskan lagi dengan forum dan pembentangan.

Forum tersebut yang bertajuk “Bandar Pintar:Sejauh Mana Kejayaan Transformasi Pendigitalan Ke Arah Pewujudan Bandar Pintar” ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha TPr. Md Nazri bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah, PLAN Malaysia selaku Moderator dan 3 orang panel iaitu Y.Bhg. Dato' TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya, Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dan Yang Berusaha Dr. Haji Nadzman bin Mustaffa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim.

Persidangan Digital Sektor Awam (PDiSA) 2023 adalah program anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Program ini merupakan program yang dijenamakan semula daripada program Public Sector CIO Convex (PSCC) yang telah diadakan pada tahun 2016.

PDiSA 2023 merupakan persidangan yang melibatkan penyertaan inklusif pemimpin digital kerajaan serta rakan strategik dari pihak industri termasuk pakar tempatan. Mereka berkumpul dan membincangkan pelbagai inisiatif dan potensi penambahbaikan bagi menghasilkan perkhidmatan Kerajaan yang lebih berkualiti dalam menghadapi masa depan digital dan mengutamakan keperluan rakyat.

Penganjuran PDiSA 2023 juga adalah merupakan kesinambungan daripada persidangan yang telah diadakan pada tahun 2021 dan ini merupakan penganjuran kali kedua di bawah jenama PDiSA. Penganjuran persidangan ini adalah sangat relevan dengan peranan MAMPU sebagai peneraju agenda pendigitalan sektor awam.

Tema persidangan kali ini adalah "Pendigitalan Perkhidmatan Awam : Nadi Kesejahteraan Negara".

Dalam konteks pendigitalan perkhidmatan awam, digitalisasi perkhidmatan rakyat secara end-to-end memastikan rakyat mendapat manfaat secara adil dan saksama tanpa sempadan. Setiap rakyat boleh mengakses perkhidmatan kerajaan secara inklusif dan bersepadu dalam usaha membina keharmonian dan kesejahteraan negara.

Semoga penganjuran persidangan ini akan membantu memastikan perkhidmatan awam di Malaysia diiktiraf bertaraf dunia.

376270779 683466670472523 5164838359741031241 N
376742124 683466640472526 740683605795044855 N
377428049 683466853805838 3851436061721804890 N
377571692 683466650472525 4356404517600854006 N
377986464 683466703805853 2604360923901446095 N
378029184 683466733805850 7855248503150112888 N
378120780 683466910472499 4933720634640750576 N
378148807 683466877139169 8478285459546275374 N
378402825 683466870472503 2109743996504565598 N
378510117 683466837139173 5736469773277665830 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027595