25 Oktober 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang ahli panel Forum sempena Persidangan & Pameran Bandar Pintar Asia Ke-9 2023 di Connexion@Nexus, Bangsar South pagi tadi.
Terdahulu, acara yang bermula seawal pukul 9.30 pagi itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Selva Nagappan, Pengarah Urusan Smart Cities Asia & Knowledge Group Of Companies dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Persekitaran Mampan), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Program berikutnya diteruskan lagi dengan forum dan pembentangan.
Forum tersebut yang bertajuk “Dari Visi Kepada Realiti:Perspektif Datuk Bandar Dalam Meneraju Pembangunan Bandar Pintar” ini dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Jugdutt (Jack) Singh, Ketua Saintis & Ketua Penasihat Ekonomi Digital, Kerajaan Negeri Sarawak selaku Moderator dan 2 orang panel iaitu Y.Bhg. Dato' Haji Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru dan Y.Bhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin@ Md Daud, Datuk Bandar Ipoh.
Persidangan & Pameran Bandar Pintar Asia Ke-9 2023 ini adalah program anjuran Knowledge Group Of Companies bersama Rakan Strategik MDEC.
Semoga penganjuran persidangan dan pameran ini akan membantu memastikan Ipoh menjadi Bandar Bestari Sejahtera Tahun 2030.