9.November 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh dipilih menjadi salah seorang penceramah dalam Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC 2023) di Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya pagi tadi.
Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh sebagai penceramah Ke-2 telah menyampaikan ceramah bertajuk "Leadership in Climate-Resilient Cities: Ipoh's Sustaninable Path to a Greener Future" selepas penceramah pertama dari Perbadanan Teknologi Hijau Melaka menyampaikan ceramah bertajuk "Melaka's State Approach to Climate Change: Pioneering to Sustainable for Future Cities" dalam Sesi Kongres Keenam bertajuk "Building Sustainable Cities for Future Generations".
Terdahulu acara yang bermula pada 8 November 2023 itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Y.Bhg. Datin TPr. Hajah Noraida Saludin, Presiden, Malaysian Institute of Planners dan seterusnya ucapan perasmian oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC2023) ini adalah program anjuran Malaysian Institute of Planners dan Jabatan Perdana Menteri menerusi Jabatan Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya.
Semoga penganjuran kongres ini akan membantu memastikan Ipoh menjadi Bandar Bestari Sejahtera.