22 Februari 2024-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Hotel M Hill petang tadi.
Ia telah dirasmikan oleh YB Tuan Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak.
Untuk makluman, nilai pembangunan kasar (GDV) projek ini bernilai sekitar RM110 juta.
Ia secara tidak langsung memberi impak yang besar kepada pembangunan ekonomi Bandaraya Ipoh.