Datuk Bandar Ipoh Ketuai Delegasi Bandaraya ke Majlis Pelancaran Bandar Muzik Suphanburi Thailand (Thailand Creative Cities Network 2024 & Suphanburi Music, Crafts and Folk Art Festival)
27 Mac 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bim Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengetuai Delegasi Bandaraya Ipoh ke Pelancaran Bandar Muzik Suphanburi Thailand (Thailand Creative Cities Network 2024 & Suphanburi Music, Crafts and Folk Art Festival) setelah menerima jemputan daripada pihak Bandaraya Suphanburi.
Ia turut dihadiri oleh wakil bandar muzik lain seperti Bandaraya Ambon, Indonesia dan Dalat, Vietnam.
Selain itu, program ini juga akan mengeratkan lagi hubungan serta membincangkan beberapa cadangan yang telah diketengahkan bagi memperkenalkan keunikan budaya dan musik mengikut bangsa dan negara yang terlibat.
Delegasi daripada Bandaraya Ipoh turut disertai oleh Puan Nur Hanim Dato’ Mohamed Khairuddin, Pengurus Besar PORT.
Semoga majlis berkenaan dapat membantu Majlis Bandaraya Ipoh ke arah menjayakan hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Kreatif Muzik.