Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR LAWAT TAPAK PENGGUNAAN TEKNOLOGI CUPLUMP MODIFIED ASPHALT - CMA

22 November 2023- Majlis Bandaraya Ipoh telah terpilih bagi melaksanakan projek perintis penurapan semula jalan menggunakan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt - CMA.

Sehubungan itu, Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah mengadakan lawatan tapak penggunaan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau Cuplump Modified Asphalt - CMA di Jalan Cetak, Kawasan Perindustrian Tasek pagi tadi.

Teknologi ini adalah usahasama MBI dengan Lembaga Getah Malaysia melalui Kementerian Perladangan dan Komuditi dan dibiayai oleh Kementerian Kewangan.

CMA ini adalah merupakan teknologi baru bahan penurapan jalan menggunakan bitumen (tar) terpinda dengan campuran getah bekuan sebagai bahan campuran asfalt yang boleh meningkatkan kualiti turapan dengan mengurangkan kesan retakan, kesan aluran (rutting) dan memanjangkan jangka hayat turapan.

Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan kaedah turapan secara konvensional sebelum ini.

Peruntukan yang diterima oleh pihak MBI adalah sebanyak RM 5 juta yang melibatkan kerja pembaikan dan penurapan semula jalan sepanjang 9.5km melibatkan di sebahagian Kawasan Perindustrian Tasek, sebahagian Kawasan Perindustrian IGB, sebahagian Jalan Bendahara dan sebahagian jalan utama di Station 18.

Kerja penurapan jalan ini akan dimulakan bermula pada 22 November 2023 dan dijangka akan disiapkan dalam tempoh 4 hingga 6 minggu.

Semoga pengguna jalan ini akan mematuhi arahan jalan raya semasa perlaksanaan kerja – kerja di tapak bagi melancarkan proses kerja – kerja penurapan jalan di kawasan yang telah dikenalpasti.

404260499 723052029847320 8364453825129959630 N
404270913 723052403180616 4188721040703988641 N
404387523 723052383180618 5393326511512073408 N
404387646 723052296513960 4696157005789440799 N
404388028 723052039847319 910132502859785755 N
404460294 723052153180641 8716271464052593110 N
404464016 723052163180640 4298455373201940612 N
404467528 723052286513961 1264584196065339155 N
404469645 723052026513987 258645227349149724 N
404476337 723052196513970 8664985967867573330 N
404519437 723052306513959 5687135762185790293 N
404539568 723052009847322 6804447019206461147 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7026308