Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI KEJOHANAN KAROM PIALA DATUK BANDAR IPOH

15 Disember 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kejohanan Karom Piala Datuk Bandar Ipoh pagi tadi.

Kejohanan ini mempunyai signifikannya yang tersendiri kerana ianya diadakan sempena Sambutan Hari Bandaraya Ipoh yang ke-36. Ia merupakan medan terbaik yang menghimpunkan semua individu dan pasukan yang bertanding.

Kejohanan ini juga diharap dapat menggilap dan melahirkan bakat-bakat baru dalam sukan karom yang seterusnya berpotensi mengharumkan lagi nama pasukan masing-masing pada masa hadapan. Tidak mustahil hasil dari kejohanan ini bakal melahirkan pemain negara.

Walaupun, bukanlah matlamat utama bergiat cergas dalam aktiviti kesukanan untuk menjadi juara semata-mata, tetapi yang paling penting ialah mendorong semangat kesukanan itu sendiri. Harus diingat, aktiviti kesukanan dapat menerapkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan semangat juang, meningkatkan ketahanan mental, menjalinkan silaturrahim dan sebagainya yang boleh diaplikasikan dalam konteks kehidupan dan kerja secara khususnya.

Kejohanan yang berlangsung pada 14 hingga 15 Disember 2024 ini membabitkan kategori perseorangan dan juga kategori beregu (karom).

MBI sebagai tuan rumah kejohanan, ingin membantu untuk mengembangkan lagi sukan karom di Bandaraya Ipoh. Usaha pembangunan kegemilangan sukan, ianya adalah hak, amanah dan tanggungjawab bersama.

Penganjuran kejohanan ini diyakini mampu memberikan impak besar terhadap pembangunan sukan karom di Malaysia serta menjayakan misi Dasar Sukan Negara.

Semoga kejohanan ini akan menjadi pemangkin untuk menyerlahkan potensi dan prestasi sukan karom sekaligus berjaya membangunkan atlet-atlet bertaraf kebangsaan dan dunia.

IMG 20241215 WA0006
IMG 20241215 WA0007
IMG 20241215 WA0008
IMG 20241215 WA0009
IMG 20241215 WA0010
IMG 20241215 WA0011
IMG 20241215 WA0012
IMG 20241215 WA0013
IMG 20241215 WA0014
IMG 20241215 WA0015
IMG 20241215 WA0016
IMG 20241215 WA0017
IMG 20241215 WA0018
IMG 20241215 WA0019
IMG 20241215 WA0020
IMG 20241215 WA0021
IMG 20241215 WA0022
IMG 20241215 WA0023
IMG 20241215 WA0024
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 14/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7022965