15 Oktober 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Kempen Kesedaran Barah Payudara & Diabetis “Fight For Act For Blue” di Aeon Mall Klebang pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Lim Si Boon, Lembaga Pengarah Perak Community Specialist Hospital PCSH, Dr. Hasmaizal Bin Hassim, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Encik Tham Chee Phing, Lembaga Pengarah Perak Community Specialist Hospital, Encik Nicholas Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Perak Community Specialist Hospital, Encik Edwin Tan Beow Aik,
Pengarah Kinta Properties Holdings Sdn Bhd, Encik Louis Sebastian, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas International IPOH Fashion Week dan Puan Mazian Binti Mat, Pengurus AEON Mall Ipoh Klebang.
Barah payudara dan diabetis merupakan antara penyakit yang paling ramai di hidapi oleh rakyat Malaysia. Pada setiap tahun, statistik pesakit barah payudara dan diabetis semakin meningkat dari masa ke semasa, oleh itu wargakota Ipoh perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil berat tentang kesihatan diri.
Dalam ucapannya, Datuk Bandar Ipoh merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Perak Community Specialist Hospital kerana menganjurkan Kempen 2 dalam 1 tentang kesedaran awal barah payudara dan diabetis.
Menurut beliau lagi, kempen ini merupakan inisiatif yang terbaik bagi mendekati masyarakat setempat untuk memberi pengetahuan lebih lanjut tentang penyakit barah payudara dan diabetis serta dapat menggalakkan masyarakat mempelajari diet pemakanan yang sihat melalui pelbagai aktiviti yang disediakan, antaranya ialah:
i. Program saringan kesihatan percuma;
ii. Demo masakan makanan yang sihat dari Chef V-Life dan pakar diet PCSH;
iii. Pertunjukkan fesyen dari bekas dan pejuang pesakit-pesakit barah payudara bersama model-model International IPOH Fashion Week (IIFW);
iv. Ceramah motivasi dari Cik Sharole Chee yang merupakan bekas pesakit barah payudara.
Kempen ini juga dianjurkan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran awal tentang betapa pentingnya untuk membuat pengesanan awal penyakit barah payudara seperti Mamogram dan ujian gula bagi mencegah penyakit diabetis atau kencing manis.
Dari kata kunci ‘Early Detection Saves Lives’, melalui kempen ini, Perak Community Specialist Hospital juga memberikan bantuan saringan kesihatan berbentuk baucar kepada badan -badan bukan kerajaan sebanyak seratus (100) baucar ujian Mamogram dan Ultrasound bagi pengesanan awal barah payudara dan serratus (100) baucar pakej pemeriksaan kesihatan komprehensif Diabetis bernilai lebih dari tiga puluh ribu ringgit (RM30,000) untuk diagihkan kepada komuniti yang memerlukan.
Usaha bantuan dan kempen ini merupakan strategik murni dan bijak hasil dari Kerjasama diantara Perak Community Specialist Hospital, Kinta Properties, IIFW dan rakan kolaborasi yang lain.
Semoga usaha bantuan dan kempen ini akan diteruskan pada masa hadapan agar kita dapat bantu mengurangkan kadar pesakit barah payudara dan diabetis.