27 Julai 2024 - Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Mural ' City of Music' Bandar Kreatif Ipoh Unesco sempena Sambutan Ulangtahun Ke-2 Lorong Seni@Lorong Panglima Ipoh pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Tuan Wong Kar Keat, Ketua WHIP Ahli Majlis, Ahli Majlis, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Pengarah Kanan dan Ketua Jabatan MBI.
Lebih 3000 wargakota Ipoh telah memeriahkan sambutan tersebut. Antara acara lain yang turut diadakan adalah Jualan Kraftangan, Karikatur, Jualan Kopi, Pertandingan Mencari Bakat, Nyanyian Solo, Demo Labu Sayong, Demo Lukisan Potret, Pertandingan Batu Seremban dan Pertandingan Mewarna.