Aktiviti & Berita

DATUK BANDAR RASMI PROGRAM 'DR. LITTLE CLUB:A&E LIFE SAVER ON CALL 2023'

20 Ogos 2023-Y.Bhg. Dato' Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh telah merasmikan Program 'Dr. Little Club: A& E Life Saver On Call 2023' di Hospital Pantai pagi tadi.
Ia turut dihadiri oleh Cik Chong Siet Fong, Ketua Pegawai Eksekutif, Pantai Hospital Ipoh dan Encik Rajpal Singh A/L Baldev Singh, Pengurus Kanan Operasi, Pantai Hospital Ipoh.

Kemalangan dan kecemasan merupakan antara aspek utama yang perlu diberi perhatian pada masa kini. Kemalangan dan kecemasan sering berlaku dalam kalangan penduduk tidak kira melalui kemalangan yang berat mahupun kemalangan yang ringan. Oleh itu, semua pihak haruslah memainkan peranan yang penting agar lebih cakna terhadap pengetahuan dan tindakan dalam mengurangkan kadar kemalangan atau kecemasan terutamanya di Ipoh.

Antara aspek yang perlu kita lihat pada hari ini ialah dari segi perkhidmatan kesihatan dan kecemasan di Ipoh. Terdapat pelbagai hospital di Ipoh yang boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tidak kira Hospital Kerajaan mahupun Swasta. Ini menunjukkan langkah dalam membina sebuah bandar yang tenteram selaras dengan slogan iaitu ‘Ipoh Bestari Sejahtera”.

Dalam mendepani era globalisasi kini, pelbagai cabaran yang perlu dilalui khususnya mengenai bidang kesihatan. 3 tahun yang lalu, Malaysia baru sahaja dilanda dengan virus yang amat serius iaitu wabak Covid-19.

Pelbagai langkah telah dijalankan dari pelbagai pihak tidak kira Badan Kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan dalam membanteras penularan kembali wabak ini secara serius.

Pendedahan awal dalam menyampaikan pendidikan awal khususnya melibatkan kecemasan kesihatan adalah sangat penting terutama kepada golongan-golongan muda seperti kanak-kanak.

Melalui program ‘Dr Little Club: A&E Life Saver on Call 2023’ akan membantu dalam memberikan pendedahan yang sangat bermakna bukan sahaja dari pengalaman malah dari pelbagai aspek contohnya, kearah kerjaya pada masa hadapan, persediaan dalam menghadapi sebarang kecemasan dan sebagainya.

Melalui program ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan Jabatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam sehari, Jabatan X-Ray Pantai Hospital dan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada mereka seperti rawatan-rawatan pelbagai jenis kecemasan kesihatan.

Di samping itu, ini juga akan membuka minda dan menyerap minat ke dalam diri kanak-kanak untuk membina kerjaya dalam bidang kesihatan seperti menjadi Doktor-doktor Pakar, Pakar dalam Unit X-Ray, Jururawat dan sebagainya.

Majlis Bandaraya Ipoh akan sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada mana-mana pihak yang ingin menganjurkan program berfaedah seumpama ini di Bandaraya Ipoh.

Semoga program ini akan membantu menjayakan hasrat MBI untuk menjadikan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera.

368922081 670519245100599 1248383126366650097 N
368929387 670519085100615 6676920668698770755 N
368953138 670519081767282 6519383741962049640 N
369040624 670519315100592 5106989464837542183 N
369116514 670519088433948 8828565203351886396 N
369148894 670519525100571 5599878158849355725 N
369160674 670519195100604 1006681975723614852 N
369165158 670519355100588 6851619899813570198 N
369170698 670519285100595 39469886197491082 N
369187604 670519335100590 3092717840709081528 N
mbir

Layari  Portal Radio TVBI  dan Facebook Radio MBI untuk info segmen DJ
ipohse
  • Majlis Bandaraya Ipoh, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown 30450, Ipoh Perak Darul Ridzuan

  • 05-208 3333
  • 05-253 7396 / 05-208 3530
  • mbi[at]mbi[dot]gov[dot]my
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/08/2026.
  • Jumlah Pelawat 7027920